Friday, November 18, 2011

Benda paling laju di dunia

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia semua.

So hari ni, aku nak share, satu fakta. Peminat - peminat Sains, anda pasti terkejut dengan fakta yang aku cerita ni.
Maybe korang rasa korang dah tau jawapan, tapi apa - apa pun, tak salah lah kalau baca kan?

Fakta yang aku nak cerita ni, benda paling laju di dunia.


 The flash ke??? Tapi dia tak wujud. Ni real ni!

Sebelum aku start, nak lah cerita - cerita sikit camna fakta ni muncul k ^_^

Pada satu hari , dua hari 3 hari, entah apa - apa hari, pasti bukan hari jadi korang kot ?

Ada 4 orang specially di pilih untuk bekerja di Company @!$#% ( tak leh bagitau )
so 4 orang ni memang teramat super pandai laaa..

Jadi bos company pun tanya laa satu soalan.. nak uji sikit kehebatan minda dorang ni.

Dia pun tanya " Apakah benda paling laju di dunia? "

Orang pertama jawab " Berfikir. Asalkan kita nak fikir je, pasti kita akan terus fikir. "

Orang kedua diam sekejap pastu cakap " Cahaya. Memang laju  cahaya ni.. bila buka lampu terus terang. Tambahan , cahaya diiktiraf sbagai kelajuan.. orang putih kata, speed of light "

Bos tu jawab " Oh I see I see "

Orang kedua dengan perasan pun cakap " Tuan, nak mintak IC saya boss?? Pilih saya ke?? "

Orang ketiga pun menyampuk " Oi nanti cakap pandai English! tuan kata dia faham. I SEE bukan IC dalam dompet ko tu. Ehem, bagi saya tuan, yang paling laju di dunia ialah kelipan mata. Bila kita kelip sekejap je  dah buka dah. Lagipun, bila kita cerita tentang benda yang laju mesti pakai sekelip mata.

Bos tu pun jawab " Kamu semua memang bijak. Baiklah kamu yang sana tu , apa jawapan kamu? "

Orang keempat ni, lama dia diam. Maklumlah dia lambat sangat, semua orang dah ambik jawapan yang solid sampai kereta kebal rempuh pun masih bertahan. Tiba - tiba tercium bau busuk . Jadi dia pun buka mulut menjawab " Tuan. Benda paling laju di dunia ni ialah,, berak cair ! "

Bos tu hairan dan marah laa sebab ingat orang ni main - main. Tapi dia kan bos so cool lah sikit. Then dia tanya, " Nape kamu cakap camtu? Tension sangat ke pastu cakap bukan - bukan? "

Orang keempat tu pun jawab " Mana ada tuan. Saya serius ni! kalau berak cair, terus keluar.. berfikir pun tak sempat, bukak lampu pun tak sempat, apatah lagi nak kelip mata. Saya tahu ni sebab.... baru je mengalami sebentar tadi "

Korang faham - faham laaa mana datang bau tu k. So , apa pendapat anda? Adakah benda ini benar , munasabah. Nak sangkalkan? Nak bantah?? buat blog sendiri k

Have fun guys! Smile always :D

Thanks to my dad for telling me the story, LOL XD

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

health (5) info (13) just for fun (13) religious (6) sport (4) tutorial (6)